AMMAN - Ketua Umum Persatuan Ahli Geologi Arab (AGA), Bahjat Al-Adwan Selasa, di ibu kota Jordan, Amman, mengeluarkan peringatan mengenai gempa bumi tiruan buatan Israeil yang dapat menenggelamkan Masjid Suci Al-Aqsa.
Al-Adwan, yang juga adalah Ketua Umum atau Presiden Persatu Geologi Jordan, mengatakan dalam satu wawancara yang disiarkan Selasa lepas bahawa satu-satunya cara ilmiah untuk menyelamatkan Al-Aqsa ialah dengan menyuntik kembali dan mengisi dengan simen dicelah-celah ruang yang dikorek oleh Israeil di bawah Masjid Suci tersebut.
Ia mengeluarkan peringatan mengenai usaha berterusan penggalian oleh pihak Israeil di bawah Masjid Al-Aqsa, yang ia katakan dapat mengakibatkan melemahnya struktur masjid.
“Penggalian pada tahap masa kini akan membawa kepada kehancuran Masjid tersebut jika berlaku gempa ” katanya.
“Selain dari itu, ruang kosong yang disebabkan oleh usaha Israeil dalam tempoh mencari kuil atau gereja yang disangka berada di bawah Masjid Al-Aqsa mengakibatkan lemahnya struktur dibandingkan dengan bangunan lain,” katanya.
Melalui rujukan maklumat tertentu bahawai Iraeil sedang merancang untuk membuat gempa bumi tiruan bertujuan melemakan tapak Masjid Al-Aqsa, Al-Adwan menunjukkan perbezaan antara gempa bumi semulaji dan gempa tiruan. Ia mengatakan pengamatan seismic di Pejabat Sumber Daya Alam Jordan (NRA) sepenuhnya mampu membezakan gempa bumi sebenar dengan gempa bumi buatan manusia.
0 komentar: on "Israel bikin gempa bumi tiruan untuk menenggelamkan Masjid Suci Al-Aqsa"
Posting Komentar
Tinggalkan pesan disini untuk berbagi cerita dengan yang lain, terima kasih